SERDANG, 26 September – Institut Kajian Perladangan (IKP) telah terpilih menjalani Audit Pemantauan Semakan 1 Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 oleh SIRIM bersama juruaudit SIRIM, Dr. Montaj Mustakim. Sesi audit ini diadakan di beberapa Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang terpilih sepanjang tempoh audit di UPM iaitu 22-26 September 2025.
Audit ini dilaksanakan bagi menilai sejauh mana sistem pengurusan kualiti IKP memenuhi piawaian ISO 9001:2015, meneliti keberkesanan pelaksanaannya, serta mengenal pasti ruang penambahbaikan demi memperkukuh budaya kerja cemerlang secara berterusan. Sesi audit di IKP memberi tumpuan kepada skop pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, serta sokongan operasi, khususnya dalam penilaian pencapaian KPI bagi tahun 2024 dan 2025.
Majlis pembukaan dan penutupan sesi audit di IKP telah turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Siti Khairunniza Bejo, Pengarah IKP serta turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah IKP, YBhg. Prof. Dr. Wong Mui Yun dan staf IKP.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi audit pada kali ini.
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 26/09/2025 | Kemaskini: 26/09/2025 | ainzubaidah
PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG