IKP Anjur IKP Writing Day 1/2025, Fokus Pada Penghasilan Artikel Ulasan Berkualiti | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » IKP Anjur IKP Writing Day 1/2025, Fokus pada Penghasilan Artikel Ulasan Berkualiti

IKP Anjur IKP Writing Day 1/2025, Fokus pada Penghasilan Artikel Ulasan Berkualiti

SERDANG, 12 Jun — Institut Kajian Perladangan (IKP) telah menganjurkan program IKP Writing Day 2025 – Siri 1 pada 12 Jun 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat IKP. Program ini disertai oleh seramai 17 pelajar siswazah yang bersemangat untuk mempertingkat kemahiran penulisan akademik mereka.

Program menjemput Prof. Madya Ir. Dr. Norhashila Hashim dari Jabatan Kejuruteraan Biologi & Pertanian, Fakulti Kejuruteraan, sebagai penceramah utama untuk berkongsi pengalaman beliau dalam penulisan artikel ulasan. Dalam sesi bertajuk “How to Write a Quality Review Paper”, beliau berkongsi strategi berkesan dan teknik dalam menulis artikel ulasan yang berkualiti. Antara kandungan utama ialah panduan memilih jurnal yang sesuai serta proses penghantaran artikel untuk diterbitkan.

Program ini bertujuan membina keyakinan dan memperkukuh pemahaman para pelajar dan penyelidik dalam dunia penerbitan akademik, sekali gus menyokong usaha IKP melahirkan penyelidik cemerlang yang berupaya menghasilkan penulisan artikel yang berkualiti.

 

 

 

 

Tarikh Input: 25/06/2025 | Kemaskini: 25/06/2025 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 XXXX
W, (03:04:15am-03:09:15am, 13 Oct 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]