IKP Dilantik Sebagai Rakan Strategik Untuk PACEIT2022 | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » IKP dilantik sebagai rakan strategik untuk PACEIT2022

IKP dilantik sebagai rakan strategik untuk PACEIT2022

Disember, 13 – Kolej Universiti Yayasan Pahang, Kolej Yayasan Pahang dan kerajaan negeri Pahang telah menganjurkan Pameran Inovasi dan Teknologi Komoditi Pahang 2022 (PACEIT2022), daripada 12-13 Disember 2022 di Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Institut Kajian Perladangan (IKP), Universiti Putra Malaysia, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Yayasan Pahang Plantation Holding telah dilantik sebagai rakan strategik bagi majlis tersebut. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.

 

Beberapa institusi pengajian tinggi seperti UPM, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Selain daripada syarikat swasta, beberapa agensi kerajaan seperti MPOB, Lembaga Koko Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia juga turut mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Di penghujung majlis, terdapat 32 pemenang telah diumumkan dan anugerah itu disampaikan oleh menteri besar Pahang. Salah seorang pemenang daripada pertandingan inovasi itu ialah Prof. Madya Dr. Mohd Rafein Zakaria, Ketua, Laboratori Pemprosesan dan Pembangunan Produk, IKP. Beliau memenangi satu pingat emas dan dua pingat perak daripada pertandingan itu.

 

 

Tarikh Input: 28/12/2022 | Kemaskini: 28/12/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEaDAb~