IKP Kekalkan Status Cemerlang Dalam Audit Pemeriksaan Keselamatan Dan Kesihatan 2025 | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » IKP Kekalkan Status Cemerlang dalam Audit Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan 2025

IKP Kekalkan Status Cemerlang dalam Audit Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan 2025

SERDANG, 7 Mei – Institut Kajian Perladangan (IKP) telah berjaya menjalani sesi audit Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan (PKK) peringkat universiti, sekali lagi membuktikan komitmennya terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Audit tersebut dikendalikan oleh tujuh pemeriksa dari Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP), diketuai oleh Pn. Nor Afida Miskam, dan melibatkan pemeriksaan menyeluruh terhadap makmal, rumah hijau transgenik, pejabat pentadbiran serta semua bangunan di IKP.

 Pemeriksaan memberi fokus kepada tujuh komponen utama pematuhan seperti berikut: 

  1. Pematuhan Akta Perkhidmatan Bomba: Sistem Pencegahan Kebakaran
  2. Pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM 2010 dan Pelan Pengurusan Bencana UPM 2022
  3. Pematuhan Akta Kilang dan Jentera 1967
  4. Pematuhan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000 (Akta USECHH)
  5. Pematuhan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005
  6. Pematuhan Akta Biokeselamatan 2007
  7. Semakan Tindakan Lepas

 

Menurut Pn. Nor Afida Miskam, secara keseluruhan, tahap pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di IKP adalah baik. Walau bagaimanapun, beliau menekankan perlunya penambahbaikan dalam pengurusan bahan kimia, khususnya bagi bahan yang diperoleh dari luar dan tidak dibeli melalui IKP.

IKP berjaya mengekalkan status CEMERLANG dengan markah 99.30, meningkat 1.22 mata berbanding tahun 2024. Pencapaian ini mengukuhkan lagi komitmen pengurusan dan staf IKP dalam memastikan persekitaran kerja yang selamat dan sihat.

 Penghargaan setinggi-tingginya diucapkan kepada semua staf IKP atas dedikasi dan komitmen mereka sepanjang sesi audit ini, yang terus memastikan IKP berada di landasan terbaik dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

 

 

Tarikh Input: 23/05/2025 | Kemaskini: 23/05/2025 | nazlia

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 XXXX
W, (05:26:11am-05:31:11am, 13 Oct 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]