Jaringan Industri Dan Komuniti Projek Cendawan Jerami ‘Volvariela Volvace’ Menggunakan Tandan Kelapa Sawit | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Jaringan Industri dan Komuniti Projek Cendawan Jerami ‘Volvariela Volvace’ Menggunakan Tandan Kelapa Sawit

Jaringan Industri dan Komuniti Projek Cendawan Jerami ‘Volvariela Volvace’ Menggunakan Tandan Kelapa Sawit

PADANG TERAP, KEDAH: Percubaan Pekebun Getah, Encik Ismail bin Ibrahim, menanam cendawan jerami atau nama saintifiknya ‘volvariela volvace’ menggunakan tandan kelapa sawit membuahkan hasil.

Encik Ismail, 62, yang memulakan usaha tanaman cendawan dibawah ekosistem tanaman getah sejak tiga tahun lalu. Hasil yang diperolehi adalah di antara 10-30 kilogram sehari bergantung kepada cuaca semasa dan harga pasarannya sekitar RM15 sekilogram.

 “Tandan tandan kelapa sawit yang diambil dari kilang perlu dibasuh sebelum digunakan untuk proses menanam cendawan,” katanya ketika ditemubual oleh pegawai Institut Kajian Perladangan (IKP).

Beliau telah mencuba tanaman ini menggunakan teknologi diperoleh daripada Jabatan Pertanian Daerah Padang Terap, Kedah. Encik Ismail berkata, walaupun cendawan itu masih asing dalam kalangan penduduk tempatan, percubaan pertama itu berhasil, malah kini semakin diminati.

Katanya, pengalaman kerja selama 20 tahun bersama ladang gula digunakan bagi mengusahakan projek berkenaan apatah lagi pasaran cendawan berkenaan mencecah RM15 –RM 20 sekilogram.

Katanya,beliau mendapat khidmat nasihat dan insentif peralatan daripada jabatan pertanian dan mahu pembabitan lebih ramai warga pekebun kecil getah diberi peluang mengusahakan tanaman itu sekali gus berupaya memperoleh pendapatan sampingan sehingga RM3000 sebulan.

 

 

 

 

Tarikh Input: 15/04/2019 | Kemaskini: 15/04/2019 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEbEAB~