Kursus Perniagaan Dan Pengurusan Kebun Kecil | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Kursus Perniagaan dan Pengurusan Kebun Kecil

Kursus Perniagaan dan Pengurusan Kebun Kecil

Nov 14 -Visi Academy Sdn. Bhd dengan kerjasama Institut Kajian Perladangan telah menganjurkan Kursus Perniagaan dan Pengurusan Kebun Kecil pada 9-13 November 2022 bertempat di Mini Auditorium 1, Bangunan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UPM and Tapak Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Serdang. Program ini mendapat tajaan sepenuhnya daripada Human Resource Development Corporation (HRDCorp) yang bertujuan untuk memperkenalkan sektor pertanian and potensinya dalam menjana pendapatan kepada kumpulan berpendapatan rendah di Malaysia. Seramai 48 peserta mendaftar dalam program ini yang terdiri daripada pelajar universiti, pesara, dan penganggur dikalangan kategori B40.

 

Program ini menjurus kepada teori dan praktikal pengoperasian kebun kecil meliputi teknik penanaman, kawalan serangga dan penyakit, pembuatan baja, pengurusan pemasaran dan kewangan serta potensi penjanaan pendapatan melalui pertanian. Perkongsian diberikan oleh pegawai UPM dan pengamal industri pertanian yang berpengalaman untuk memberikan gambaran tentang senario pertanian secara keseluruhan. Program ini merupakan platform untuk IKP membentuk jaringan dengan komuniti sasaran serta menekankan peranan IKP dan juga UPM sebagai pusat pemindahan ilmu yang member kepada komuniti pertanian.

 

Tarikh Input: 21/11/2022 | Kemaskini: 21/11/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEUBA3~