Lawatan Jawatankuasa Pelaksana EKSA, IKP Ke Sekolah Pengajian Siswazah, UPM | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Lawatan Jawatankuasa Pelaksana EKSA, IKP ke Sekolah Pengajian Siswazah, UPM

Lawatan Jawatankuasa Pelaksana EKSA, IKP ke Sekolah Pengajian Siswazah, UPM

31 Mac – Jawatankuasa Pelaksana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Institut Kajian Perladangan (IKP) telah mengadakan lawatan ke Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) bagi mendapatkan penerangan tentang pelaksaanaan EKSA di sana. SPS dipilih sebagai sumber rujukan bagi kaedah pelaksanaan EKSA kerana SPS telah meraih Johan bagi Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja Kategori B (Bilangan Pekerja PTJ Berskala Sederhana Tinggi) sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2022. Lawatan tersebut turut disertai oleh Jawatankuasa EKSA daripada Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC).

Lawatan dimulai dengan sesi pengenalan dan ucapan selamat datang oleh Pn. Norhasliza Hassan selaku Pengerusi EKSA, SPS. Sesi diteruskan dengan penerangan lanjut mengenai perjalanan keseluruhan EKSA di SPS yang disampaikan oleh Cik Nur Nadjla Ahmad Razei, Penyelaras dan Fasilitator EKSA, SPS. Jawatankuasa Pelaksana EKSA, IKP turut melawat seluruh kawasan di SPS termasuk bilik pegawai, bilik mesyuarat, sudut bacaan, tandas, surau, pantri, stor peralatan pejabat dan sistem penstoran fail.

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 25/05/2023 | Kemaskini: 25/05/2023 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEUSAy~