Lawatan Kerja Ke Institute For Artificial Intelligence And Big Data (AIBIG), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Lawatan Kerja ke Institute for Artificial Intelligence and Big Data (AIBIG), Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Lawatan Kerja ke Institute for Artificial Intelligence and Big Data (AIBIG), Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

16 Januari 2022 - Seramai 4 empat orang penyelidik daripada Laboratori Teknologi Sistem Perladangan dan Mekanisasi (PSTM), Institut Kajian Perladangan (IKP) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Nazmi Mat Nawi telah mengadakan lawatan kerja ke Institute for Artificial Intelligence and Big Data (AIBIG), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk kerjasama penyelidikan dan penanda aras. Taklimat pengenalan berkenaan kemudahan dan program penyelidikan di AIBIG telah disampaikan oleh Pengarah AIBIG iaitu Dr. Muhammad Akmal Remli. Lawatan ini juga membincangkan tentang idea dan konsep dalam aplikasi kecerdasan buatan dan data raya dalam industri pertanian Malaysia, sebagai penanda aras bagi membangunkan program penyelidikan PSTM yang lebih berstruktur.

 

  

Tarikh Input: 28/02/2022 | Kemaskini: 28/02/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXETVAx~