KOTA BHARU, 2–3 September – Dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik dan demi pembangunan industri kenaf negara, Institut Kajian Perladangan (IKP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan lawatan rasmi ke Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) selama dua hari ke Kelantan dan Terengganu. Delegasi IKP diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Siti Khairunniza Bejo (Pengarah IKP), bersama Ts. Dr. Anas Mohd Mustafah (Ketua Laboratori Teknologi Sistem Perladangan dan Mekanisasi (PSTM), dan Dr. Zailani Khuzaimah(Pegawai Penyelidik IKP). Lawatan ini diiringi oleh pegawai LKTN iaitu Pengarah Bahagian Kejuruteraan dan Kilang (BKK), En. Nik Aziman Nik Husain, serta Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (BRD), En. Mohd Zaim Mohd Nor, bersama beberapa pegawai teknikal. Hari Pertama: Menelusuri Ladang dan Inovasi Kenaf Lawatan bermula di Pasir Mas, Kelantan, dengan kunjungan ke plot ladang kenaf berusia 1 dan 3 bulan. Delegasi IKP diberi penerangan terperinci mengenai teknik penanaman, penjagaan dan penuaian kenaf. Menariknya, kenaf untuk makanan ternakan dituai sekitar umur 35 hari, manakala kenaf untuk fiber dan cip kayu dituai sekitar 120 hari. Delegasi kemudian melawat Galeri Kenaf di Ibu Pejabat LKTN, Kubang Kerian, yang mempamerkan pelbagai produk inovatif berasaskan kenaf dari produk tekstil hingga produk bahan binaan, sekali gus memperlihatkan potensi besar tanaman ini dalam pelbagai sektor industri.
Hari Kedua: Teknologi Pemprosesan dan Perbincangan Kerjasama Hari kedua diteruskan dengan lawatan ke Bahagian Kejuruteraan dan Kilang LKTN di Pasir Puteh, di mana pelbagai mesin pemprosesan kenaf dipamerkan. Lawatan ini menekankan komitmen LKTN dalam memodenkan industri kenaf melalui teknologi terkini. Lawatan seterusnya diteruskan ke Setiu, Terengganu bagi melawat kilang pemprosesan kenaf untuk fiber, cip kayu dan makanan ternakan. Perbincangan antara IKP dan LKTN turut diadakan untuk mengkaji beberapa projek berpotensi yang boleh dilaksanakan dalam usaha memajukan lagi penanaman dan industri kenaf Malaysia. |
|||
![]() |
![]() |
||
![]() |
![]() |
||
Lawatan ke LKTN Kawasan Pasir Mas | |||
![]() |
|||
Lawatan ke Ibu Pejabat LKTN |
|||
![]() |
|||
Lawatan ke Bahagian Kejuruteraan dan Kilang (BKK), Pasir Puteh |
|||
![]() |
|
||
![]() |
|
||
Lawatan ke kilang pemprosesan, Setiu |
Tarikh Input: 09/09/2025 | Kemaskini: 09/09/2025 | ainzubaidah
PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG