Majlis Pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Di Institut Kajian Perladangan (IKP) | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Majlis Pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Institut Kajian Perladangan (IKP)

Majlis Pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Institut Kajian Perladangan (IKP)

20 Disember - Institut Kajian Perladangan (IKP) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) sebagai titik mula pembudayaan EKSA di IKP. Majlis yang dihadiri semua staf IKP ini telah dimulakan dengan kata alu-aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa EKSA IKP, Puan Norazlina Zulkefli, yang dalam ucapan mengharapkan komitmen daripada semua ahli IKP dalam melaksanakan dan mempraktikkan amalan EKSA di IKP.

Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IKP, Prof. Dr. Wong Mui Yun. Beliau mengucapkan setinggi penghargaan terhadap langkah permulaan pelaksanaan EKSA yang telah dilaksakan oleh Jawatankuasa EKSA IKP dan berharap supaya semua warga IKP menyambut baik pelaksanaan EKSA bagi meningkatkan kualiti dan kecemerlangan perkhidmatan di IKP. Beberapa sudut EKSA juga turut diperkenalkan dalam majlis pelancaran ini iaitu Sudut EKSA Induk, Sudut EKSA Zon Hevea (Zon Pejabat Pentadbiran), Sudut EKSA Zon Elaeis (Zon Makmal) dan Sudut 'Go Green'.

 

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  

  

 

Tarikh Input: 23/12/2021 | Kemaskini: 27/12/2021 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEUBAt~