Pelantikan Sebagai Ketua, Laboratori Agronomi Dan Perlindungan Tanaman Lestari | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Pelantikan sebagai Ketua, Laboratori Agronomi dan Perlindungan Tanaman Lestari

Pelantikan sebagai Ketua, Laboratori Agronomi dan Perlindungan Tanaman Lestari

Disember, 14- Institut Kajian Perladangan (IKP), UPM amat berbesar hati menerima lantikan Ketua, Laboratori Agronomi dan Perlindungan Tanaman Lestari yang baharu iaitu Prof. Madya Dr. Ganesan Vadamalai bermula 15 Disember 2022 sehingga 14 Disember 2023.  Prof. Madya Dr. Ganesan Vadamalai merupakan staf akademik daripada Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Pertanian, UPM dan juga merupakan salah seorang penyelidik bersekutu IKP. Beliau merupakan graduan Phd daripada, The University of Adelaide,  Australia. Bidang kepakaran ialah patologi tumbuhan terutama virus dan phytoplasma. Beliau berpengalaman dalam menyandang jawatan pengurusan dan pernah dilantik sebagai Ketua Jabatan di Fakulti Pertanian.

Seluruh warga IKP juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Madya Dr. Nolila Mohd Nawi di atas jasa bakti beliau sepanjang menjawat jawatan Ketua, Laboratori SACP, IKP sejak 1 Disember 2021 sehingga 30 November 2022.

Terima kasih Prof Madya Dr. Nolila Mohd Nawi dan Selamat Menjalankan Tugas Prof Madya Dr. Ganesan Vadamalai!

Tarikh Input: 05/01/2023 | Kemaskini: 05/01/2023 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEURAc~