Penyelidik IKP Menerima Geran Mobiliti Staf Dibawah Tajaan Erasmus+ International Credit Mobility (ICM) – Dr Anas Mohd Mustafah | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Penyelidik IKP menerima geran Mobiliti Staf dibawah tajaan Erasmus+ International Credit Mobility (ICM) – Dr Anas Mohd Mustafah

Penyelidik IKP menerima geran Mobiliti Staf dibawah tajaan Erasmus+ International Credit Mobility (ICM) – Dr Anas Mohd Mustafah

SERDANG, 20 Mei – Dr Anas Mohd Mustafah, Ketua, Laboratori Mekanisasi, Automasi dan Pendigitalan, Institut Kajian Perladangan (IKP) telah berjaya menerima geran mobiliti staf dibawah tajaan Erasmus+ International Credit Mobility (ICM).

Beliau akan menjalankan program mobiliti staf selama satu minggu berkaitan sains data bagi pertanian dan projek kesekitaran di L’Institut Agro Montpellier, Perancis pada 2 – 9 Jun 2024. Geran Erasmus ini adalah bertujuan untuk membina hubungan baik di antara kedua-dua institusi di dalam penyelidikan dan pengajaran.

Ahli Pengurusan dan seluruh warga IKP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pencapaian ini.

Tarikh Input: 04/06/2024 | Kemaskini: 04/06/2024 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 XXXX
W, (03:00:56am-03:05:56am, 13 Oct 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]