Pada 21 Februari 2017, IKP telah mengadakan satu perbincangan dengan pihak Tabung Haji Plantations Bhd. (THP). THP di wakili oleh En. Muhamad Pilus Zambri selaku Pengurus Besar Bahagian Agronomi dan Inovasi bersama En, Syed Mohd Faizal Syed Ali. IKP pula di hadiri oleh Prof. Datin Dr. Siti Nor Akmar Abdullah (Pengarah), Prof. Madya Dr. Zulkefly Sulaiman, Prof. Madya Dr. Amin Mahir Abdullah, Dr. Farrah Melissa Muharam dan En. Muhamad Faiz Zakaria.
Objektif perbincangan adalah untuk mencari peluang kerjasama bagi memantapkan industri perladangan. THP telah memaklumkan bahawa kerjasama dari segi menyediakan kawasan ujian di ladang THP untuk IKP yang tidak melibatkan kewangan dan operasi THP boleh dijalankan. Di akhir perbincangan kedua-dua pihak bersetuju untuk mengemukakan cadangan MOU mengikut keperluan projek tertentu.
Perbincangan di akhiri dengan majlis pertukaran cederamata oleh kedua-dua pihak.
Tarikh Input: 05/05/2017 | Kemaskini: 12/05/2017 | ainzubaidah
PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG