Pertukaran MoU Antara UPM Dan Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd. | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Pertukaran MoU Antara UPM dan Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.

Pertukaran MoU Antara UPM dan Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.

 

 

KOTA DAMANSARA, 8 Ogos – Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd. (AARSB) telah diadakan di antara Pengarah IKP, Profesor Ts. Dr. Siti Khairunniza Bejo and Pengarah Penyelidikan AARSB, Dr. Tasren Nazir Mahamooth. Juga hadir pada upacara tersebut adalah Timbalan Pengarah IKP, Professor Dr. Wong Mui Yun dan Ketua Laboratori Teknologi Sistem Perladangan dan Mekanisasi, Dr. Anas Mohd Mustafah serta penyelidik daripada AARSB. Satu perbincangan yang memberangsangkan telah diadakan dengan potensi projek seperti Pembangunan program micro-credentials untuk pegawai AARSB, projek penyelidikan, program PhD by industry dan pembentukan konsortium penyelidik di kalangan universiti dan pihak industri yang berkaitan.

Tarikh Input: 18/09/2024 | Kemaskini: 18/09/2024 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 XXXX
W, (11:52:43pm-11:57:43pm, 13 Oct 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]