Seminar Penyelidikan IKP Oleh Dr. Erneeza Mohd Hata | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Seminar Penyelidikan IKP oleh Dr. Erneeza Mohd Hata

Seminar Penyelidikan IKP oleh Dr. Erneeza Mohd Hata

28 Februari – Institut Kajian Perladangan (IKP) telah menganjurkan IKP Seminar Penyelidikan Siri 2/2022 yang bertajuk “Streptomyces: Potential for Sustainable Crop and Protection”. Seminar tersebut  telah disampaikan oleh Dr. Erneeza Mohd Hata, pegawai penyelidik daripada Laboratori Agronomi dan Perlindungan Tanaman Lestari, IKP. Program seminar secara atas talian ini telah dimoderasikan oleh Puan Farah Zeehan Mohd Nadzri dan telah disertai oleh 100 peserta daripada perbagai agensi, termasuk daripada UPM, UiTM and Jabatan Pertanian, Malaysia.

Fokus seminar adalah terhadap potensi bioteknologi daripada mikroorganisma bermanfaat, Streptomyces spp. kepada perlindungan dan kesihatan tanaman. Strategi dan mekanisma dalam mengurangkan impak tekanan abiotik dan biotik pada tanaman melalui penggunaan Streptomyces spp. sebagai rhizobakteria penggalak pertumbuhan (PGPR) dihuraikan dan penemuan penyelidikan yang berkaitan juga telah dibentangkan dalam seminar ini.

Tarikh Input: 07/03/2022 | Kemaskini: 11/03/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXETIAD~