Syarahan Umum IKP: Mitigasi Terhadap Kesan Kenaikan Harga Baja Bagi Mengekalkan Pertumbuhan Optimum Dan Hasil Tanaman | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Syarahan Umum IKP: Mitigasi terhadap Kesan Kenaikan Harga Baja bagi Mengekalkan Pertumbuhan Optimum dan Hasil Tanaman

Syarahan Umum IKP: Mitigasi terhadap Kesan Kenaikan Harga Baja bagi Mengekalkan Pertumbuhan Optimum dan Hasil Tanaman

13 Oktober – Institut Kajian Perladangan dengan kerjasama Fakulti Pertanian, UPM telah berjaya menganjurkan Syarahan Umum IKP bertajuk “Mitigasi terhadap Kesan Kenaikan Harga Baja bagi Mengekalkan Pertumbuhan Optimum dan Hasil Tanaman” yang telah diadakan melalui platform Zoom. Penceramah jemputan adalah Tuan Haji Tajuddin Ismail (Pengarah, Agro Hive Consultancy Plt. Malaysia) dan program ini telah dimoderasikan oleh Dr. Muhammad Firdaus Sulaiman daripada Jabatan Pengurusan Tanah, Fakulti Pertanian, UPM.

 

Syarahan umum ini menekankan tentang cabaran semasa yang dihadapi oleh sektor pertanian iaitu kenaikan harga baja. Petani berdepan dengan kesukaran untuk memberikan baja yang mencukupi kepada tanaman untuk mengekalkan hasil optimum, dan ini akhirnya boleh menjejaskan pendapatan petani. Tuan Haji Tajuddin telah berkongsi pengalaman beliau dalam penghasilan dan penggunaan kompos bokashi dan baja organik cecair untuk menangani isu ini. Beliau menekankan kepentingan pelaksanaan amalan pertanian regeneratif dan menggesa pelaksanaan amalan pertanian yang lebih baik, praktikal, berkos rendah dan mampan.

 

Program ini telah memberi manfaat kepada seramai 70 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta seperti UPM, UMS, Politeknik Lampung, Lembaga Getah Malaysia, Sime Darby, Lembaga Lada Malaysia, Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Sarawak, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Maybank, Sam Wah Development Enterprise Sdn. Bhd., Farmcochem Sdn. Bhd., and  JAPFA Comfeed Ind. daripada Indonesia.

 

Tarikh Input: 21/11/2022 | Kemaskini: 21/11/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEbLAX~