Tahniah Kepada Para Atlet Institut Kajian Perladangan Atas Kejayaan Dalam SUKUM 2022 | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Tahniah kepada Para Atlet Institut Kajian Perladangan atas Kejayaan dalam SUKUM 2022

Tahniah kepada Para Atlet Institut Kajian Perladangan atas Kejayaan dalam SUKUM 2022

17-24 Sept- Tahniah kepada para atlet daripada Institut Kajian Perladangan (IKP) yang telah menyertai Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Awam Malaysia (SUKUM) kali ke-44 tahun 2022. Universiti Putra Malaysia (UPM), selaku tuan rumah telah menjadi juara keseluruhan dengan pungutan pingat emas, perak dan gangsa masing-masing sebanyak 18, 19 dan 15. Pada tahun ini, atlet daripada IKP iaitu Dr. Zailani Khuzaimah, Dr. Fariz Adzmi, Puan Norafidah Abu Hassan dan YM Raja Izzah Nadzirah Raja Othman, telah berjaya mengharumkan nama UPM dengan meraih pingat dalam SUKUM 2022. Seluruh warga IKP amat berbangga dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan ini.

Senarai pingat yang diraih dan acara sukan yang disertai adalah seperti senarai di bawah:

PINGAT EMAS
1. Dr. Zailani Khuzaimah Golf (Berpasukan Gross)
2. Dr. Fariz Adzmi Golf (Berpasukan Nett)

 

PINGAT PERAK
1. YM Raja Izzah Nadzirah Raja Othman Lempar Cakera

 

PINGAT GANGSA
1. Dr. Zailani Khuzaimah Golf (Individu Gross)
2. YM Raja Izzah Nadzirah Raja Othman Lontar Peluru
3. Puan Norafidah Abu Hassan Bola Jaring
4. Puan Norafidah Abu Hassan Futsal

 

Tarikh Input: 07/10/2022 | Kemaskini: 07/10/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEaBAd~