Taklimat Untuk Pelajar Siswazah Baharu Institut Kajian Perladangan (IKP), UPM | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Taklimat untuk Pelajar Siswazah Baharu Institut Kajian Perladangan (IKP), UPM

Taklimat untuk Pelajar Siswazah Baharu Institut Kajian Perladangan (IKP), UPM

 

SERDANG, 20 Mei – Institut Kajian Perladangan (IKP) telah menganjurkan sesi orientasi dan Taklimat Peraturan Keselamatan Makmal untuk pelajar  siswazah baharu yang telah berdaftar di IKP untuk Semester 2 Sesi 2023/2024. Taklimat berkenaan Program Pacsa-Siswazah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah IKP, Prof. Dr. Wong Mui Yun, yang juga merupakan Penyelaras Siswazah manakala taklimat berkenaan keselamatan makmal telah disampaikan oleh Puan Nazlia Girun, Pegawai Sains di IKP.

Program ini dimulakan dengan pengenalan kepada ahli pengurusan, pengawai penyelidik, penyelidik bersekutu, staf makmal dan staf pentadbiran di IKP. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan maklumat keselamatan termasuklah penerangan tentang peraturan asas keselamatan di makmal, kaedah tempahan penggunaan makmal dan peralatan, cara pengendalian bahan kimia dan pengurusan sisa bahan kimia, pemakaian alat lindung diri yang bersesuaian serta tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan di makmal.

Di akhir program, pelajar telah dibawa melawat semua makmal yang terdapat di IKP.

 

Senarai pelajar yang baru mendaftar bagi Semester 2 Sesi 2023/2024 adalah:

  1. Abdullah Zal Khan (PhD) dari Afghanistan– Laboratori Agronomi dan Perlindungan Tanaman Lestari (SACP), di bawah penyeliaan Prof. Dr. Wong Mui Yun
  2. Nur Annisa Mat Nordin (Master) – Laboratori Teknologi Sistem Perladangan dan Mekanisasi (PSTM), di bawah penyelian Gs. Dr. Nik Norasma Che' Ya

 

Tarikh Input: 30/05/2024 | Kemaskini: 30/05/2024 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 XXXX
W, (03:04:12am-03:09:12am, 13 Oct 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]