7th Asian PGPR International Conference For Sustainable Agriculture | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » 7th Asian PGPR International Conference for Sustainable Agriculture

7th Asian PGPR International Conference for Sustainable Agriculture

 

Ogos, 24 - Malaysian Plant growth-promoting rhizobacteria (PGPR) Society bersama dengan Asian PGPR Society dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya menganjurkan 7th Asian PGPR International Conference for Sustainable Agriculture bertempat di Auditorium Rashdan Baba, UPM dengan membawa tema “Regenerating Agriculture through Beneficial Microbes for Improving Crop Productivity and Safety”. Timbalan Pengarah, Institut Kajian Perladangan (IKP), Prof. Dr. Wong Mui Yun telah dilantik sebagai Pengerusi bagi Jawatankuasa Penganjur konferens ini yang telah disertai oleh 121 peserta daripada pelbagai negara antaranya USA, Spain, the Netherland, Saudi Arabia, India, Pakistan, Bangladesh, Nepal, Vietnam, Indonesia, Taiwan, Korea, Australia, dan Malaysia.

 

 

Konferensi telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Majlis pembukaan telah dihadiri oleh Prof. M. S. Reddy (Pengasas dan Pengerusi Asian PGPR Society for Sustainable Agriculture), YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman (Naib Canselor UPM) dan Prof. Madya Dr. Nur Azura Adam (Dekan, Fakulti Pertanian).  Konferensi ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam menyediakan platform bagi ahli akademik dan industri untuk mancapai akses dan jaringan dalam teknologi dan idea baru, terutamanya dalam teknologi mikrob dan PGPR untuk pertanian.

 

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2114027

 

 

Tarikh Input: 19/09/2022 | Kemaskini: 19/09/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEUKAp~