Ag Tech International Expo 2024 | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Ag Tech International Expo 2024

Ag Tech International Expo 2024

 SHAH ALAM, 17-19 Mei - Ag Tech International Expo 2024 telah berlangsung pada 17-19 Mei 2024 di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam dan Institut Kajian Perladangan (IKP), Universiti Putra Malaysia merupakan rakan strategik bagi penganjuran ekspo pada tahun ini. Majlis perasmian telah diadakan pada 17 Mei 2024 dan telah dihadiri oleh Pengarah, Institut Kajian Perladangan iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Khairunniza Bejo dan ekspo telah dirasmikan oleh YB. Lau Weng San, Yang di-Pertua Dewan Negeri Selangor.

 

Sesi seminar yang melibatkan pakar UPM telah diadakan di Hall 3 di mana penyelidik-penyelidik IKP turut berkongsi pengetahuan dan kepakaran dengan pemain industri dalam bidang pertanian dan perladangan. Antara penyelidik IKP yang terlibat adalah Prof. Madya Ts. Dr. Siti Khairunniza Bejo (Pengarah IKP), Dr. Anas Mohd Mustafah (Ketua, Laboratori Mekanisasi, Automasi dan Pendigitalan), dan penyelidik IKP, Prof. Dr. Wan Zuha Wan Hasan, Dr. Muhammad Razif Mahadi dan Puan Siti Nooradzah Adam daripada Laboratori Mekanisasi, Automasi dan Pendigitalan.

 

Sesi pameran di bawah booth UPM telah dimeriahkan dengan penyertaan daripada eDU-PARK, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS), Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS), Pusat Pertanian Putra dan Hospital Veterinar Universiti, UPM.

 

IKP sebagai penyelaras peringkat UPM bagi Ag Tech International Expo 2024 mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen ahli jawatankuasa, penceramah-penceramah dan petugas-petugas pameran bagi Ag Tech International Expo kali ini.

 

   
   
   
   
   
 
 

 

Tarikh Input: 20/05/2024 | Kemaskini: 20/05/2024 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 XXXX
W, (01:58:36am-02:03:36am, 03 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]