IKP Adakan Kunjungan Hormat Ke MPOB, Bincang Mekanisasi Industri Sawit | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » IKP Adakan Kunjungan Hormat ke MPOB, Bincang Mekanisasi Industri Sawit

IKP Adakan Kunjungan Hormat ke MPOB, Bincang Mekanisasi Industri Sawit

 

Bandar Baru Bangi, 5 Jun — Institut Kajian Perladangan (IKP) telah mengadakan kunjungan hormat ke Unit Mekanisasi, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi membincangkan cabaran semasa dalam mekanisasi industri kelapa sawit serta meneroka potensi kerjasama strategik antara kedua-dua agensi.

Delegasi IKP yang terdiri daripada enam orang penyelidik diketuai oleh Pengarah IKP, Prof. Ts. Dr. Siti Khairunniza Bejo. Antara penyelidik lain yang turut serta ialah Ts. Dr. Anas Mohd Mustafah (Ketua Laboratori Teknologi Sistem Perladangan & Mekanisasi), Prof. Dr. Norhisam Misron, Dr. Nur Azuan Husin, Prof.  Dr. Wan Zuha Wan Hassan dan Dr Fayaz Katper. Ketibaan delegasi IKP telah disambut mesra oleh pihak MPOB yang diketuai oleh Dr. Mohd Azwan Mohd Bakri selaku wakil Unit Mekanisasi.

Pertemuan ini membuka ruang perbincangan yang konstruktif mengenai isu-isu teknikal dan operasional yang dihadapi dalam usaha memodenkan sektor perladangan sawit negara. IKP berharap jalinan kerjasama yang dibentuk menerusi sesi ini akan membawa manfaat yang besar kepada pembangunan industri sawit Malaysia dari segi inovasi dan kecekapan mekanisasi.

Tarikh Input: 25/06/2025 | Kemaskini: 25/06/2025 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 XXXX
W, (07:53:24am-07:58:24am, 17 Oct 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]