Kota Kinabalu, 27 Mei — Malaysia International Cocoa Fair 2025 (MICF2025) telah berlangsung dengan jayanya dari 24 hingga 27 Mei 2025 di Sabah International Convention Center (SICC), Kota Kinabalu. Bersamaan dengan acara ini, Malaysian International Cocoa Conference 2025 (MICC2025) turut diadakan, menghimpunkan para pakar dan pihak berkepentingan daripada dalam dan luar negara.
Institut Kajian Perladangan (IKP) telah menunjukkan sokongan padu dengan menghantar enam wakil ke MICC2025. Delegasi IKP terdiri daripada Prof. Ts. Dr. Siti Khairunniza Bejo (Pengarah IKP), Prof. Wong Mui Yun (Timbalan Pengarah), Ts. Dr. Anas Mohd Mustafah (Ketua Laboratori Teknologi Sistem Perladangan & Mekanisasi), Dr. Mahirah Jahari, Pn. Siti Nooradzah Adam dan Dr. Halimatun Saadiah Hafid.
Penyelidik IKP membentangkan empat kertas kerja dalam sesi pembentangan lisan:
Selain itu, IKP turut menyumbang dua pembentangan poster:
Penyertaan aktif IKP menyerlahkan komitmen institut tersebut dalam memacu inovasi mampan dan digital dalam industri koko negara.
![]() |
|
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 25/06/2025 | Kemaskini: 30/07/2025 | ainzubaidah
PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG