Latihan Pengendalian Alat Pemadam Api | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Latihan Pengendalian Alat Pemadam Api

Latihan Pengendalian Alat Pemadam Api

20 Disember- Institut Kajian Perladangan (IKP) telah menganjurkan program latihan pengendalian alat pemadam api khusus untuk semua warga IKP. Objektif utama program ini adalah untuk memastikan  warga IKP mempunyai pengetahun tentang cara peggunaan alat pemadam api yang betul sekiranya berlaku insiden kebakaran kecil di pejabat.

  

Program dimulakan dengan taklimat pengenalan kepada alat pemadam api serta jenis-jenis alat pemadam api, yang disampaikan oleh En. Shahrizan Saian dari Unit Bantu Mula (UBM), Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan (PPKKP), UPM. En. Shahrizan turut menerangkan ciri-ciri keselamatan yang perlu ada bagi setiap unit alat pemadam api.

  

Program kemudiannya diteruskan dengan sesi amali pengendalian alat pemadam api untuk semua staf IKP dengan dibantu oleh tiga orang fasilitator dari UBM. Semua staf dapat melihat sendiri perbezaan serta kelebihan dua jenis alat pemadam api  iaitu jenis ABC dan CO2. Selain itu, staf IKP juga turut didedahkan dengan penggunaan selimut api dalam memadam kebakaran. Terima kasih diucapkan kepada penceramah dan para fasilitator daripada UBM, UPM atas segala tips dan ilmu berkenaan keselamatan dalam menghadapi kebakaran!

 

 

 

Tarikh Input: 29/12/2022 | Kemaskini: 29/12/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEUAAO~