SERDANG, 1 Julai – Institut Kajian Perladangan (IKP) telah menganjurkan satu latihan komprehensif berkenaan pengendalian tumpahan bahan kimia dan penggunaan kit tumpahan (spill kit) yang berlangsung pada jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari. Latihan ini melibatkan seluruh warga kerja dan pelajar IKP yang berpotensi berdepan dengan insiden tumpahan bahan kimia dalam tugasan harian mereka. Latihan telah dikendalikan oleh Encik Mohamad Johadi Iskandar Che Jamil, Pegawai Sains merangkap Ketua Seksyen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia. |
![]() |
![]() |
---|---|
![]() |
Penganjuran latihan ini adalah sebagai langkah proaktif terhadap potensi risiko pekerjaan yang melibatkan bahan kimia. Tumpahan secara tidak sengaja bukan sahaja boleh mendatangkan kecederaan kepada pekerja, malah boleh mencemarkan alam sekitar serta mengganggu kelancaran operasi. Latihan ini dirangka bagi memperkukuh pengetahuan dan kemahiran peserta dalam menangani insiden secara selamat dan berkesan. Inisiatif ini juga mematuhi keperluan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994) serta peraturan-peraturan berkaitan, yang menekankan tanggungjawab majikan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Antara objektif utama latihan ini ialah:
Latihan seumpama ini diharap dapat diteruskan secara berkala agar semua warga kerja dan pelajar IKP sentiasa bersedia dan cekap dalam menghadapi sebarang kemungkinan insiden berkaitan bahan kimia pada masa akan datang. |
Tarikh Input: 31/07/2025 | Kemaskini: 31/07/2025 | ainzubaidah
PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG