Event Title
Program Jerayawara Koleksi Kultur Mikrob UPM (UPM-MCC), Institut Biosains
Date
12 Jan 2026 - 12 Jan 2026
Location
Meeting Room, IKP
Event Summary
Koleksi Kultur Mikrob UPM (UPM-MCC), Institut Biosains merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Institut Kajian Perladangan atas kesudian memberikan maklum balas berhubung hasrat kami untuk mengadakan jerayawara di PTJ YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan.
3. Sehubungan dengan itu, berikut adalah maklumat program berkaitan:
a) Maklumat umum
Nama PTJ: Institut Kajian Perladangan
Tarikh: 12 Januari 2026 (Isnin)
Masa: 9.00 – 10.30 pagi
Lokasi: Bilik Mesyuarat IKP
b) Maklumat jerayawara
Penyampai syarahan jerayawara: Prof. Dr. Zunita Zakaria, Pengarah Institut Biosains
Jumlah wakil UPM-MCC: 4 orang
Kandungan utama jerayawara:
i) Menerangkan tentang kepentingan pemeliharaan kultur mikrob bagi jangkamasa panjang.
ii) Memperkenalkan kepada warga UPM berkaitan Dasar Universiti Putra Malaysia (Pendepositan Mikroorganisma Berkepentingan) 2024.
c) Tentatif program
Sesi pagi
8.30 pagi : Pendaftaran peserta
9.00 pagi : Jerayawara bermula
10.00 pagi : Sesi soal jawab
10.25 pagi: Borang maklumbalas
10.30 pagi: Bersurai
d) Lain-lain:
i) Kami memohon hebahan dalaman peringkat PTJ dapat dilaksanakan oleh PTJ sendiri.
ii) Kami juga ingin memohon jasa baik pihak PTJ untuk menyediakan projektor untuk program ini.
ii) Staf UPM-MCC akan berada jam 8.30 pagi untuk membantu proses pendaftaran dan persediaan program.
Kesudian pihak PTJ dalam menjayakan program ini kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.
![]()
Updated:: 09/01/2026 [ainzubaidah]
MEDIA SHARING